Owner Archives Links Entries

Follow @anisaaaah

Layout Name: Awesomeness Grey
Layout By: annafarays
Images: weheartit

HuTanG SoLaT

POSTED ON: Wednesday, October 8, 2008 @ 7:47 PM | 0 comments

Sebuah keluarga di gemparkan dengan kehilangan anak lelaki mereka yang berumur 15tahun. Anak itu tidak pulang-pulang dari sekolah setelah tiga hari berlalu.setelah penduduk kampung mencari,mereka hanya menemui mayatnya dalam sebuah parit di pedalaman kampung,bersekali dengan basikal anak tersebut...
2-3 kali selepas majlis arwah diadakan, adik-adik arwah yang masih kecil berumur kurang dari 5 tahun sering menceritakan pada ibu bapa mereka bahawa arwah ada bersama dalam majlis tahlil tersebut. Ibu bapa hairan namun menganggap adik-adiknya sekadar bermain-main.. Dan terbayang wajah abang mereka..

Suatu hari(siang) semasa kakak arwah sedang menjemur pakaian di luar rumah, arwah betul-betul datang kepadanya. Dengan muka yang sedikit sugul,arwah bertanya kepada kakaknya,"wahai kakakku.. mengapalah akak tidak selalu mengingatkan saya tentang sembahyang?saya mengalami sedikit kesulitan dalam kubur ,kak.."

*****

Seperti kebiasaan anak-anak sekarang memang tahu bersolat,namun setengahnya tidak istiqamah.Arwah baru berumur 15tahun,bermakna mungkin baru 1-2 tahun mencapai umur baligh,dalam waktu yang singkat itu sekalipun, dosa pahala sudah dicatat malaikat dan kesannya sudah dialami di bilik 6 kaki bawah bumi...
Saya tinjau diri saya, sudah 10, 20 , 30 tahun amalan saya di catat malaikat..Berapa banyak waktu solat saya sudah tinggalkan dalam hidup mengejar dunia ini..Saya punya banyak masa untuk bersantai melihat TV berjam-jam, mengadap internet atau sembang mesra dengan kawan-kawan tak tentu hala..Namun pernahkah saya menggunakan waktu selepas solat atau waktu-waktu lapang lain untuk mengqada' solat-solat saya yang lepas-lepas? Jika 20 tahun selepas baligh dan saya hanya mula bersolat 10tahun lepas..? Atau mula beristiqamah dalam solat 5waktu.. Itupun tiada jaminan solat saya sekarang di terima Allah swt.. Hutang dengan Allah tetap hutang..
Contohnya selepas subuh, kita mungkin boleh qada 2 solat subuh , begitu juga dengan waktu solat yang lain. Selepas maghrib, at least 1 solat maghrib..Begitu juga dengan ibadah puasa(terutama kaum hawa).. Sebab itu kadang-kadang makin banyak kita berusaha, semakin tidak menjadi.. Makin banyak hutang piutang.. Memang kita sering dengar orang-orang yang tak menitikberatkan solat dan lali beragama tapi business flourish.. Malah semakin kaya.. Namun mahukah kita menjadi seperti mereka? Dalam keada menderhaka, Allah memberi rezeki secara marah..Dengan kata lain 'istidraj'.. Nikmat yang diberi semakin melalaikan malah membinasakan iman..

Lebih baik menjadi orang islam yang di uji.. Bilamana dengan ujian itu kita menjadi lebih teringatkan Allah,lebih rasa memerlukan,rasa kebergantungan kepada Allah dan lebih lunak hati kita serta meningkatkan rasa-rasa kehambaan. Kita sentiasa merasa kita sudah melakukan yang Allah suruh, sekurang-kurangnya bersolat 5 waktu.. Namun hidup kita masih tidak tenang serta silih berganti ujian kecil mahupun besar.. Mungkin antara sebabnya adalah hutang-hutang kita kepada Allah yang masih belum beres; solat sudah tentunya.. Bagaimana pula dengan zakat pendapatan dan haji (bagi yang sudah berkemampuan) ?

24 PerKara Jgn diLakukaN

POSTED ON: @ 4:40 PM | 0 comments

Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.
Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.
1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.
~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari hambanya juga ~

12 SiFat SaHaBat....

POSTED ON: @ 4:26 PM | 0 comments

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu 3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu 9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

SyawaL 1429H

POSTED ON: Tuesday, October 7, 2008 @ 9:12 PM | 0 comments

'...Allah telah memberkati kamu dengan dua hari yang lebih baik iaitu Aidul Fitri dan Aidul Adha. Kedua hari ini adalah untuk makan-makan dan minum-minum,bergembira bersama dan mengingati Allah.'

Ramadhan berlalu sudah, Syawal pula menjelang tiba sebagai tanda berakhirnya ibadat puasa yang merupakan rukun Islam yang ke tiga. Moga setiap amalan yang dikerjakan di bulan Ramadhan berterusan dilaksanakan sehingga bertemu yang seterusnya,insyaAllah. Syawal merupakan bulan kemenangan bagi seluruh umat Islam setelah berjaya menahan nafsu amarah, dari lapar,dahaga serta mengawal anggota badan daripada melakukan perkara yang dilarang. Namun tidak bermakna berakhirnya Ramadhan di situlah juga penamat kepada segala amalan yang dilakukan bahkan seharusnya ia menjadi pemangkin diri bagi setiap individu muslim untuk terus berada dalam nikmat ketenangan yang telah dirasai semasa Ramadhan dengan meneruskan dan meningkatkan lagi amal ibadat. Antara penerusan amalan yang boleh dilaksanakan di bulan Syawal ini adalah puasa Enam, sabda Rasulullah s.a.w :‘Jika seseorang berpuasa semasa Ramadhan kemudian mengikuti dengan enam hari Syawal,ia adalah seperti berpuasa sepanjang tahun.’ (RIwayat Muslim).
Oleh itu marilah kita bersama-sama usahakan untuk melaksanakan puasa enam ini di sepanjang bulan Syawal.Selain itu, Syawal juga merupakan peluang untuk umat Islam berkumpul dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim serta bermaaf-maafan sesama kita.

"Kamu akan melihat orang-orang yang beriman saling berkasih sayang, saling mencintai, saling mengasihi yaitu bagaikan satu tubuh. Apabila satu anggota saja sakit, maka tertariklah bagian anggota yang lain ikut sakit dengan tidak dapat tidur dan badan panas" (HR. Bukhari Muslim). Walaupun hari raya merupakan masa untuk kita bergembira namun kita perlu mengingati mereka yang kurang bernasib baik berbanding diri kita;mereka yang fakir, miskin dan juga saudara kita di Palestin, Sudan, Kemboja dan di mana jua. Moga ia dapat menambah lagi rasa bersyukur kita serta menggerakkan hati dan anggota untuk bersama-sama membantu mereka yang di dalam kesusahan. Di bulan yang mulia ini juga sebagai seorang hamba yang beriman kita perlu memperbanyakkan memuji kebesaran Sang Maha Pencipta. “Dan sempurnakanlah puasa kamu mengikut bilangan dari dalam bulan Ramadhan (29 hari atau30 hari) dan bertakbirlah (membesarkan Allah s.w.t.) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, semoga kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah:185) Oleh itu para sahabat yang dikasihi, janganlah segala usaha dan amalan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan disia-siakan begitu sahaja, terusanlah untuk menggapai redha dan rahmat Allah swt, bertakbir,bertahmid dan berzikir lah memuji kebesarannya dan berdoalah agar ditetapkan iman di hati lebih-lebih lagi syaitan yang dibelenggu ketika Ramadhan telah dilepaskan dan kembali untuk meracuni hati hamba-hambaNYA.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illa Allah, Allahu Akbar wa lillahi-l-hamd

peNgenaLan DirI

POSTED ON: @ 8:46 PM | 0 comments

aSSaLamuaLaIkum....

Nama ana AnisaH bt. aNUar

UmuR bRu je 12 taUn 2008

seKolah kat SRIH-->SMIH

aNa tinGGaL kat klanG
aNa Buat Blog nih pd 7/10/2008

lagi ape ek?itu je kot

WasSaLam

HiduP TerLaLu SinGkat UnTuk MemBenci

POSTED ON: @ 8:30 PM | 0 comments

Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.

Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.

Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..

* Beliau merupakan penulis jemputan di majalah ANIS. Artikel dipetik daripada majalah ANIS keluaran Disember 2007

Scroll Back Up / Newer →

Justamere Person :)

Hello Fellas! Big smile for you! yes you're someone in front of monitor!

Name: Anisah Anuar
Famous as: Anisah
Birthday: 13 September 1996.
Age: 16 years young.
Stay at: Selangor, Malaysia
Dreams: Wanna be a Teacher, InsyaAllah.

School: Srihira'<03-08>, Smihira'<09-11>, SMK Telok Panglima Garang
BFF: All person who know my story.

Likes:
- Make a new friendship
- Blogging.
- Eating Chocolate ice cream
- Tomyam
- Black+Purple+White
Hates:
- Anons, Haters, Copypasters
- Liar
- Slow internet connection
- Messy blog
- Make up

Previous posts

→ Realiti.
→ Mati.
→ Peduli
→ tah lah,
→ THEM .
→ 2012 .
→ NOW .
→ Result pmr .
→ 2012 nak masuk dah wehh
→ result o_O

Previous Months

→ October 2008
→ November 2008
→ January 2009
→ March 2009
→ April 2009
→ June 2009
→ August 2009
→ October 2009
→ January 2010
→ March 2010
→ August 2010
→ September 2010
→ November 2010
→ December 2010
→ January 2011
→ February 2011
→ April 2011
→ May 2011
→ August 2011
→ September 2011
→ October 2011
→ November 2011
→ December 2011
→ January 2012
→ March 2012
→ May 2015
→ June 2015
→ July 2015
→ August 2016

Going Somewhere?

My OldieSista | MyFesbukk | My KacakBrother | MyTwitta | My LittleSista | MyTumblahh |