mencari pengertian
POSTED ON: Monday, June 1, 2009 @ 11:25 AM | 0 comments
~Hari ini hari terakhir cuti semester kedua dan bermakna hari terakhir Akmal berada di rumah ibu dan bapanya.Dia harus pulang ke sekolahnya di selatan Semenanjung,di Pasir Gudang,Johor.
Dia telah bersiap-siap dari malam tadi lagi.Ayahnya,Encik Nizam sedang memeriksa keadaan kereta.Maklumlah perjalanan K.L ke Pasir Gudang jauh dan memakan masa hampir lima jam.Ibu dan kakaknyadi dapur sedang menyaipkan bekalan kerana mereka bercadang utk singgah sebentar di pantai,Port Dickson.
"angah,tolong ibu di dapur.Along nk salin pakaian,"jerit kakak-nya di dapur.
"baiklah kak long,"balas Akmal.
Hampir pukul 10.30 pagi,mereka pun bertolak.Perjalanan itu terasa sungguh membosankan tanpa sebarang perbualan.Masing-masing sibuk melayan perasaan sendiri .
Setibanya di pantai Port Dickson,Akmal ambil keputusan tidak mahu bemandi-manda bersama kakaknya.Dia hanya berjalan -jalan sambil mengutip kulit2 kerang.
~
Sudah 2 minggu dia berada di sekolah ini semenjak berakhirnya cuti semester.Dia berasa sungguh bosan.Pagi belajar,tengah hari pulang ke asrama,petang bersukan dan mlm membuat kerja sekolah.Itu shj rutin sehariannya.
Akmal termenung sendirian di tepi tingkap asrama puteri .Dia sedikit pun tidak menghiraukan panggilan Azizah.Matanya tertumpu ke arah jalan raya di hadapan sekolahnya selalu lengang.Tiba-tiba kedengaran satu dentuman yang kuat dari arah selekoh jalan raya yang mengejutkan Akmal.Secara spontan dia berlari turun lalu menuju ke selekoh itu utk menyaksikan apa yg tlah terjadi.
Dia yang lemah semangat itu pengsan selepas melihat 2 org penumpang berlumuran darah di dlm kereta.Di asrama puteri,para penghuninya sibuk memperkatakan ttg kemalangan yang berlaku itu.Akmal juga turut dibawa ke hospital.
Apabila sedar drpd pengsan ,seorg doktor yang memakai tanda nama Azlan dtg menghampiri katilnya.Dia sendiri hairan mengapa dia dibawa ke hospital sedangkan dia cuma pengsan shj.Muka doktor ditatapnya dgn penuh tanda tanya.
"Akmal,awk tahu siapa yg terlibat dlm kemalangan itu?"
tanya Doktor Azlan dgn lembut.
"Saya x tahu tuan doktor.Semasa saya sampai ke tempat kejadian,kedua-dua org penumpang itu berlumuran darah.Selepas itu saya tidak sedar apa yang terjadi,"jelas Akmal dlm nada kehairanan.
Akmal mula digayuti perasaan bimbang krn dia terasa ada sesuatu yg buruk telah menimpanya.Lebih menghairankan lagi,secara tiba2 shj kakaknya masuk ke bilik itu dengan mata yg merah dan bengkak,seolah-olah baru lepas menangis.Dia semakin bingung.
"Saya harap Akmal dapat bersabar dan bertenang kerana ALLAH lebih menyanyangi ibu dan bapa Akmal.Yang terbabit dlm kemalangan ialah bapa dan ibu Akmal,"jelas Doktor Azlan dgn suara yang sayu sambil menepuk-nepuk bahunya.
Akmal terpatung.Dia kaku sebentar.Dia benar2 tidak menyangka bhw ibu bapanyalah yang terlibat dalam kemalangan itu.Tanpa disedarinya air matanya mengalir di pipi.Kakaknya menyabarkan Akmal,walaupun dia turutdibaluti kesedihan.Kini mereka telah menghilang tempat utk bergantung hidup.
~
"Doktor,pembedahan ke atas pesakit di wad 139 akan bermula 10 minit lagi,"kata seorg jururawat."Baiklah saya dtg skrg,"kata Doktor Akmal.Pencariannya selama 11 thun berakhir dgn kejayaan.Cita2nya utk menjadi seorg doktor akhirnya kesampaian jua.Ingin berbakti kpd masyarakat,itulah matlamat pencariannya selama ini.Walaupun dia telah berjaya,ada perasaan sedih yang terselit di sudut sanubari.Arwah ibu dan bapanya selalu berpesan dan pesanan itu sentiasa terngiang-ngiang di telinganya.
"Belajar rajin2,angah!Nanti boleh jadi doktor mcm along kau itu."
Dia juga tidak lupa menziarahi kubur kedua-dua org tuanya.Alongnya pula tiada di tanah air.Dia kini menuntut di Universiti Oxford,London utk menyambung ijazah kedoktoran.
p/s:oleh Abd. Syukur Mohd Yunos
(sup utk Santapan rohani remaja)
Labels: santapan rOhani~