duhai temanku yang kukasihi
POSTED ON: Friday, March 19, 2010 @ 12:52 PM | 2 comments
Temanku,Allah menciptakan manusia sama ,
Dgn sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dgn angan-angan ,
Ada yang tekun berusaha ,
Tentu nasib mereka berlainan ,
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya
Kelalaian dibalas kegagalan ,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala ,
Kau diberi peluang membuat pilihan ,
Kau jua yang tanggung natijahnya .
"Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-sebaik kejadian" (surah at-Tin : 4)
Sedarlah temanku ,
Kita musafir di dunia ,
Kita akan pulang kepada-Nya ,
Hidup di dunia akan ditanya ,
Adakah diisi dengan sebaiknya ,
Atau keseronokan semata-mata ?
Mahukan kita hidup terhina ?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya ,
Kelak di sana rendah darjatnya .
"Allah akan mengangkat orang beriman di antaramu
dan orang berilmu beberapa darjat."
(surah al-Mujadilah : 11)
"Janganlah kamu bersikap lemah ,
dan janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya ,
jika kamu orang-orang yang beriman"
(surah Ali-imran: 139)
Temanku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha ,
kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala ,
bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya ,
Jika kau reda , sabar dan terus berusaha ,
Tapi , kau sememangnya bodoh ,
Jika kau langsung tidak berusaha ,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita ,
Tiada nilaian pahala dari-Nya ,
Malah kau pula menanggung dosa ,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.
Temanku ,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang ,
dan tidak pernah berkesudahan ,
Sekali kau terjatuh ,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya ,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula ,
dan mara berlari kencang ,
mencipta taufan.
Berjuanglah temanku sayang ,
tanpa mengenal penat dan jemu ,
biar hidup kita derita dengan usaha ,
kelak kita akan dimulia ,
jika tidak di dunia ,
nun di syurga .
ameen ~
>petikan dari novel Tautan Hati [Fatimah Syarha]<
to : all my friend and the reader ESPECIALLY
syafiqah , theFISHCAKES™ and usrah 10'
we're friend !!! uhibbukifillah abadan abada .
Labels: friends